Tumbuhan ini terdiri daripada tiga jenis spesis utama yang sering digunakan di dalam kerja kerja lanskap di negara ini . Spesis ini banyak ditanam di negara kita kerana ianya mengeluarkan bunga sepanjang waktu serta berwarna warni dan cantik apabila kita gabungkan ia dari beberapa spesis. Ianya sangat sesuai ditanam di kawasan yang terbuka yang mendapat cahaya yang banyak
IXORA JAVANICA

Spesis jenis ini berdaun agak panjang dan tirus serta jarang bercabang dengan banyak , bunganya juga agak jarang dan tidak rapat serta nampak berongga apabila di tanam .Pokok ini membiak cepat serta tidak memerlukan penjagaan yang minima.
IXORA COCCINEA
Spesis ini berdaun agak pendek dari spesis javanica serta bujur dan tidak terlalu tirus, rantingnya agak rapat serta rimbun dan berbunga dengan banyak apabila di pangkas, spesis jenis ini amat sesuai dijadikan pokok pagar kerana ianya rimbun serta rapat dan tidak terlalu tinggi, pertumbuhan spesis ini juaga agak perlahan daripada spesis javanica.
IXORA SUNKIST
Spesis ini adalah jenis renek, pertumbuhan spesis ini adalah lambat tetapi ianya cantik apabila di tanam didalam landskap yang bercampur campur kerana spesis ini mempunyai bunga yang banyak serta warna yang berbagai.
CARA CARA MENANAM
Spesis ini amat mudah dibiakan serta tidak memerlukan perhatian yang rapi.
Pembiakan spesis ini adalah dengan cara potongan ranting atau cara tut. Bagi saya lebih senang semaian dilakukan secara potongan ranting dimana ranting yang dipotong hendaklah di celup kedalam serbuk penggalak akar terlebih dahulu kemudian di pacak kedalam polybeg lebih kurang 1 atau 11/2 inci dan diletakan di bawah teduhan yang agak terang ( gunakan landskap net sebagai bumbung ) dan tidak memerlukan siraman air yang banyak ( jangan siram air dengan banyak kerana ia akan menyebabkan keratan mudah dijangkiti kulat ).Pokok ini sedia dipindahkan dalam masa 3 minggu.
Pembajaan pokok ini adalah sebulan sekali biasanya mengunakan baja kimia 15/15/15
MASALAH
Spesis ini amat digemari oleh ulat, semut, anai anai yang suka memakan daun dan juga batangnya, air yang banyak juga menyebabkan pokok ini mudah diserang oleh penyakit kulat serta nematod yang selalu menyerang akarnya yang menyebabkan pokok ini hidup segan mati tak mahu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan